Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas saya gagal untuk membuat post mengenai ayat al-quran mingguan kerana ketiadaan internet selama seminggu lebih @_@, jadi minggu ini saya akan memilih 2 ayat.
Ayat-ayat ini adalah mengenai air mata di syurga!
Ayat pilihan 1:
“Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe*. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil” [76:17-18]
Ayat pilihan 2:
“Dan campurannya dari Tasnim. (Yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah)” [83:27-28]
Kedua-dua surah ini ada diceritakan tentang balasan bagi yang berbuat jahat, dan ganjaran bagi mereka yang beramal soleh. Bila baca gambaran syurga, lemah longlai, rasa macam tak sabar nak kesana… Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunanNya, dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan diberikan nikmat syurga.
Sekarang Alhamdulillah, baru pindah rumah, dan mengikut perancangannya, mahu menjadikan al-bait kami ini sebuah RI atau rumah islam. Alhamdulillah, sedikit-sedikit roh RI sudah mula kami semaikan, dan akan diteruskan inshaAllah, cuma rumah kami syurga kami ini belum bernama! Hehe. Di Sheffield, sudah ada RI yang bernama satu mata air syurga iaitu Salsabila, bila terjumpa nama Tasnim, terus bercadang mahu menamakan baiti ini sebagai Tasnim, jadi dapatlah berganding dua mata air syurga di Sheffield, tapi sudah ada satu Tasnim di London!
Buat syura antara ahli bait, semuanya suka nama Tasnim tetapi kalau sudah ada dua Tasnim nanti keliru pula. Cadangan lain yang timbul :
-Ar-Rayyan : pintu syurga
-Rumman : delima
-Lu’Lu’ : mutiara
Susah juga mahu pilih nama. Baru nama rumah kalau nama anak macam mana ni. Ada cadangan ke orang di luar sana? Nanti harus jumpa naqibah untuk minta amanat mengenai RI yang baru ditubuhkan inshaAllah :D
*jahe=halia